29 November 2012

Kisah Terowong Rahsia Lebih 100km di PALEKBANG, Kelantan

Sumber saya ambik dari Forum English dan gambar dari KPSK serta J Photography. Kami merupakan pejuang sejarah Kelantan Purba. Berdasarkan kajian kami dan dibantu dengan sumber luar seperti hasil penulisan saudari SRIKANDI, kami menceritakan semula sejarah purba negeri Kelantan bermula pada zaman Lemuria, Atlantis, hinggalah ke zaman Long Yunus di Kelantan. Beberapa hari lalu, sahabat saya yang merupakan penyelidik bebas sejarah Kelantan ada bertanya: Apa yang awak tahu pasal Sungai Kelantan. ..... saya anggap ianya cuma soalan biasa Sehinggalah semalam, Shah Paskal membuat posting berkenaan penemuan emas dan terowong rahsia di Palekbang, Kelantan. Saya cepat2 menghubungi rakan di Kota Bharu meminta beliau pergi ke lokasi. Apa yang saya temui memanglah satu sejarah besar...... ianya bakal mengubah sejarah yang kita sedia tahu. Saya memerlukan keberanian untuk menulisnya. ..... Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB. Kenapa tak siap2 jambatan ini? Ada tiang yang 'bermasalah'..... Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. ... mereka menemui sesuatu. Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. ..... Ada 2 bahagian: - zaman purba - zaman moden telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar. saya penat. ... biarlah saya tulis ala Shah Paskal dulu. .. 1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9). 2) Telah dijumpai pintu masuk ke 'ruang bawah tanah'yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang. 3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan. 4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II. 5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II. 6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut. 7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal. 8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi. 9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas. Penemuan sebuah Piramid di sempadan Kelantan-Pahang dalam kawasan Taman Negara telah memberi kami clue berkenaan Kelantan Purba. Piramid itu milik Kelantan, tetapi kami tertanya-tanya, BAGAIMANA MEREKA MASUK KE DALAM HUTAN? MANA JALANNYA?? Sudah tentu untuk ke sana, perlu datang dari hilir iaitu KOTA BHARU sekarang ini. erowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan. Hari ini (29.11.2012), Pihak Bomba telah menyedut air dale terowong itu mendapati air itu mengandungi serbok buat bom..oghe kata belerey..oghe kata kabat..ini bermakna terowong ini bukan sebarangan terowong ia adalah terowong purba. Kerajaan Purba yang digempar gempurkan adalah kerajaan purba Raja Kelantan Purba Pertama iaitu Raja Kumar. Raja Kumar ini menetap di Pulau Sabar. Kenapa Pulau Sabar ini hilang di tengah tengah diantara Palekbang dan Kampung Cina..sesungguhnya Sungai Kelantan ini mempunyai 3 aliran berbeza. Betapa luasnya.
Palekbang adalah sebuah kampung dan tanah darat yang pelik. Pada wujudnya Tanah Palekbang..Tanah Pertama yang wujud pada masa ini Kota Bharu masih lagi dalam proses penambakkan..Kota "kota" adalah sebuah tanah tambakan untuk dibina sebuah kota pentadbiran baru..pada masa ni Pelabuhan Palekbang maju dan bergantung kait dengan pelabuhan Telok Pattani atau ( Langkasuka ).

26 Jun 2012

Hutang negara semasa dsai menjadi menteri kewangan.

Statistik hutang negara semasa DSAI jadi Menteri Kewangan dibandng dengan selepas itu

Tok Guru Sudah Terlebih Famous

Tidak dapat dinafikan lambakan gambar atau foto Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam pelbagai fesyen dan suasana menyerlahkan realiti kehidupan diri dan keluarganya banyak tersebar dalam internet baik di Fb, twitter, ruang blog dan sebagainya. Gambar itu memberi gambaran akan keistimewaan dan keunikan beliau sebagai Menteri Besar dari rahim ulamak di mana perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Ertinya boleh dibilang dengan jari ulamak yang menjadi ketua umarak, MB atau menteri. Salah satu foto Tok Guru menunjukkan kesahajaannya. Gambar yang disebar itu dalam berbagai viarasi, baik semasa beliau di pentas politik, di podium kuliah di kerusi rasminya, atau pun di masjid dan surau. Gambar-gambar aktiviti ibadat dan perjuangan beliau sungguh mengugah perasaan. Gambar beliau sedang makan, mendirikan solat atau pun melakukan tahalul - cukur rambut atau upacara membelah mulut bayi memberi impak dan sentuhan jiwa yang tinggi untuk mengasihinya. Tidak cukup itu gambar beliau bermesra dengan anak isteri dan keluarga dan juga gambar beliau sedang dipicit atau diurut belakang dan kaki oleh anak-anak murid dan orang yang menyayanginya memberi dan menerbit perasaan tersendiri pada perenungnya. Benarlah kata orang gambar memberi seribu makna. Penyebaran gambar itu menyebabkan orang ramai mengenali hati budi dan sejauh dalamnya 'kausar' beliau, dapat menilai tahap kerendahan dan kezuhudan dirinya. Mengenai dirinya menjadi buah mulut, di mana-mana saja orang bercakap mengenai diri dan juga stail kepimpinannya. Kerana itu semua beliau menjadi ikon dan dijadikan maskot politik negara ini. Tidak terlampau kalau saya sebutkan keterkenalan Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan ulamak sudah melangkau ke seluruh benua. Mana-mana negara yang boleh akses internet pasti akan menemui gambar beliau dan mengetahui syaksiahnya. Inilah hebat dan berkesannya internet dalam mempropangdakan sesuatu. Penyebaran foto beliau itu sesuatu yang baik dan bagus serta satu strategi ampuh bagi politik Pas. Ia menjadi satu medium atau saluran dakwah bagi Pas. Di samping ia boleh mengenalkan beliau kepada dunia tetapi ia juga dapat mengenalkan beliau sebagai seorang pemimpin bertaraf ulamak yang berilmu dan mempunyai pendekatan yang tersendiri dan khusyusi. Ini semua menguntungkan Pas dan sekaligus Islam yang dijadikan ideologi oleh Pas. Pas sesungguhnya berbangga memiliki sosok seperti itu. Kerana itulah kehebatan, sebutan mengenai Nik Aziz bukan saja bergema di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang malahan kehebatan dan keistimewaannya mengimbau ke seluruh negara. Bukan saja anak-anak Tadika dan Pasti tetapi juga pentadbir, politician bukan saja dari Pas bahkan dari Umno juga. Hakikat inilah menyebabkan Umno khasnya mencari seibu jalan dan menggunakan seribu senjata (termasuk fitnah) untuk membunuh keperibadian agama dan politik Nik Aziz. Mengenai anugerah ini saya tampak Pas menggunakan secukupnya modal dan aset yang ada satu ini. Bahkan bagi Pas Kelantan seolah parti itu tidak ada modal lain lagi selain Nik Aziz. Nik Aziz dan Nik Aziz. Tidak salah kalau Pas meletakkan Nik Aziz sebagai ikon dan maskot politiknya kerana ia wajar di atas kehebatan dan keilmuan Nik Aziz dalam agama dan politik. Kandati beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini pun kehebatan dan keistimewaan serta keunikan beliau itu akan disebut-sebut dan diingati serta dijadikan pendorong meneruskan perjuangan. Beliau akan disebut seperti para salahfusoleh yang berjasa kepada Allah seumpama Fadzil Noor yang kehebatan dan kebijaksanaan politiknya terus disebut. Bagaimana pun dalam hal ini Pas semasa sudah terlebih dalam menggunakan Nik Aziz untuk perjuangannya. Cara Pas mengidola dan mengkultuskan Nik Aziz sudah sampai keperingkat yang perlu membuat ralat. Maksudnya di sini bukan kehebatan dan keilmuannya, tetapi cara Pas menjadikan Tok Guru sebagai aset dan modal politiknya tanpa memperhitungkan keadaan sekelilingnya. Kerana mereka meletakkan Tok Guru terlalu besar menyebabkan pemandangan sesetengah ahli dan penyokong Pas sehinggakan mereka tidak nampak benda lain lagi dan merasakan Tok Guru akan ada selama-lamanya. Sikap dan persepsi ini sesuatu negatif. Apabila menyedari akan keterlaluan ini menyebabkan timbul dalam minda saya, apakah hanya Tok Guru yang berhak mendapat pujian dan sanjungan begitu? Maksudnya kenapa Pas dalam masa sama tidak meletakkan pemimpin pengiring kepada beliau? Walaupun Nik Aziz sendiri tidak menyebut secara pasti siapa selepas beliau tetapi Pas perlu memberi isyarat dan kenyitan mata akan pemimpin yang akan mengambil alih tempatnya. Sepatutnya ahli dan penyokong Pas dapat membaca sir dan maknawi yang terpendalam di dalam kalbun Nik Aziz. Dalam soal ini saya ingin mempersoalkan tentang sikap taksub atau pun sanjungan berlebihan kepada Nik Aziz yang pada saya tidak seimbang. Bahkan ada kalanya sampai ke peringkat elemen khurafat. Maksudnya kenapa hanya Tok Guru sahaja ditonjolkan sebagai pemimpin zuhud, tawaduk, bersifat qana'ah dan mudah basa. Apakah tidak ada lain-lain pemimpin dalam Pas yang mewarisi sifat-sifat itu? Apakah Pas terlupa? Sikap terlupa seperti ini menyebabkan Pas akan berhadapan dengan kekosongan selepas ini apabila Tok Guru tiba-tiba sudah tiada lagi. Kekosongan inilah yang perlu difikir oleh Pas khasnya oleh rakyat yang kini terlebih ghairah mendaulatkan Nik Aziz sebagai ikon dan idola mereka? Sudah sampai masanya para pengidola dan penyanjung ini urut sama menjaja nama-nama lain yang bakal menerajui Pas di masa depan. Apa yag hendak ditegaskan ialah para pendokong perlu mempamikir dan menjualkan akan kehebatan pemimpin lain, baik dari segi karektor, sifat, perwatakan, kebolehan dan sebagainya dan bukan saja Nik Aziz. Perkara ini penting didedahkan misalnya mengenai latar belakang, fikrah perjuangan, wawasan dan juga kebolehan mereka dalam mentadbir dan mengolahkan politik secara kreatif. Sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini perlulah didedahkan seluas-luasnya kepada rakyat agar mudah rakyat membuat penilaian dan pemilihan. Harus difahami seorang yang bakal menjadi pemimpin bukan saja setakat mampu menjadi syeikh di majlis tahalil atau pun menjadi iman solat hajat dan bermunajat. Saya sangat berharap selepas ini akan ada foto-foto mereka yang disenaraikan akan menjadi pemimpin masa depan akan ada foto-foto mereka yang beraksi atau bersahaja seperti foto-foto Tok Guru itu dipamirkan dalam dada Fb atau twitter. Hendaknya para penyokong masing atau orang perseorang dapat mengudp-datekan foto-foto ini untuk renung bersama. Apakah apabila tiada gambar-gambar ini - tokoh selain Nik Aziz, disebabkan tiada tokoh yang seiras Nik Aziz? Mungkin? Sebab gambar-gambar bersahaja begini yang nilainya tinggi tidak boleh dibuat-buat atau pun dilakonkan. Ia hendaklah bersahaja. Manakala gambar yang bersahaja pula akan muncul dari tindakan yang bersahaja dan tidak dibuat-buat. Alangkan ruginya bagi Pas atau mana-mana juga jemaah kalau hanya mengagung atau memberi air time yang berlebihan kepada seseorang saja apa lagi yang sudah terlebih famous? Sekiranya memang tidak ada tokoh yang bersikap dan bersifat seperti Nik Aziz untuk diambil gambar ini bermakna bahawa selepas Nik Aziz ini Pas menghadapi masalah. Nik Aziz sendiri mungkin boleh disifatkan gagal kerana selama 22 tahun menjadi MB tidak berjaya melahirkan seorang murid yang hampir menyamai murbbinya, atau pun muridnya gagal menghayati ajaran gurunya. Sekali lagi diharapkan selepas ini hendaknya akan ada gambar pemimpin Pas baik wakil rakyat atau sesiapa yang diposting dalam Fb dan blog menunjukkan keserdahnaan hidup mereka. Tetapi dalam pada itu jangan pula mengada-ngada masukkan gambar lakonan seperti wakil rakyat sedang memotong rumput di kawasan rumah sendiri, menarik lembu, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Walaupun foto sebegitu ia satu promosi yang baik tetapi gambar seperti itu menyebabkan orang akan kata kita masuk bakul angkat sendiri.

20 Jun 2012

Isu RM3 bilion dll - Ketua Pembangkang Bahas RUU Perbekalan

http://www.youtube.com/watch?v=V_MY_MUDleE

Mana boleh Umno-BN buat garis panduan kempen di TV


SIKAP kerajaan BN yang terus mengongkong kebebasan media di negara ini sehingga memaksa media arus perdana hanya menyiarkan berita-berita yang menyebelahi BN, berita-berita palsu, fitnah dan caci maki terhadap pihak pembangkang ternyata amat memalukan para wartawan di negara ini.


Dengan penyiaran beritaberita seperti itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada para wartawan yang bertugas di media-media terbabit, selaras dengan kehilangan kepercayaan mereka terhadap media-media itu sendiri.
Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan berkata, padahal para wartawan yang bertugas sememangnya telah mengikuti etika kewartawan sepanjang menjalankan tugas mereka, tetapi imej mereka jelas tercemar disebabkan sikap para pemimpin Kerajaan BN yang memaksa pihak media hanya menyiarkan berita-berita yang memihak kepada mereka.
Menurut beliau, disebabkan tindakan itu, tidak hairanlah jika semakin ramai orang yang enggan menonton media arus perdana kerana akses media yang sebenar boleh didapati oleh mereka menerusi internet dan media baru.
Katanya, keadaan itu ternyata berbeza berbanding 15 atau 20 tahun lalu sehingga rakyat hanya akan mendapat maklumat daripada media arus perdana atau media tradisional sematamata, berbanding sekarang yang semakin maju dari segi komunikasi selaras dengan perkembangan internet.
“Jadi dengan apa yang berlaku itu menunjukkan perbandingan kebebasan media antara negara kita dengan negara luar yang mengamalkan demokrasi termasuk di London amat ketara,” katanya ketika dihubungi Harakah 14 Jun lalu.
Dalam industri media, menurut Anbalagan, keadilan nasional dari segi penyiaran berita merupakan satu perkara yang amat penting bagi membolehkan rakyat turut mendengar pandangan alternatif, bukan hanya pandangan sebelah pihak daripada kerajaan semata-mata.
“Tetapi ini tak berlaku di negara kita. Berita-berita dan cerita-cerita yang disiarkan hanyalah berat sebelah, tak ikut prinsip kewartawanan. Di negara lain tak begitu. Di negara lain turut juga diberikan ruang penyiaran pandangan alter natif.
“Dengan apa yang berlaku ini, orang ramai perlu faham.
Ini semua bukan berlaku atas kehendak wartawan, tetapi atas kehendak pemimpin kerajaan di media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan termasuk tv dan radio, manakala di media arus perdana swasta pula turut berlaku atas kehendak pemilik dan editor media itu,” katanya.
Beliau turut kesal dengan cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr Rais Yatim untuk memberikan ruang masa hanya 30 minit kepada pemimpin pembangkang berucap di media arus perdana sempena pelancaran manifesto pilihan raya masing-masing nanti.
“Padahal pihak kerajaan tak boleh buat garis panduan seperti itu. Pihak kerajaan juga adalah parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Kedudukannya adalah sama seperti parti-parti lain yang turut bertanding. Mana boleh Umno dan BN pula yang buat garis panduan seperti itu? Jadi ini adalah sesuatu yang dangkal,” tegasnya.
Sebarang garis panduan mengenai penyiaran bahan-bahan oleh media dan pembahagian masa penyiaran untuk parti-parti yang bertanding, katanya, hanya layak dibuat oleh suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan oleh kerajaan, bukannya oleh pihak kerajaan yang turut terikat dengan parti.
“Hanya suruhanjaya bebas sahaja yang berhak membuat garis panduan untuk penyiaran bahanbahan oleh media arus perdana kerana hanya suruhanjaya itu yang akan melaksanakan tugasnya dengan betul, dengan melakukan keadilan bagi semua pihak, termasuk ruang yang secukupnya bagi penyiaran pandangan rakyat dan pandangan alternatif,” ujar Anbalagan.
Terdapat ralat dalam alat ini