20 Mac 2010

Bukti putar belit BN isu Royalti

Kali ini  nak ulas serba sedikit tentang putar belit BN berkenaan isu royalti Kelantan. Kenapa liat sangat BN ni nak bagi hak rakyat Kelantan ye? Jawapannya mudah, Korang pun dah sedia maklum, Kelantan negeri di bawah pemerintahan PAS, negeri Kelantan ini dilihat sebagai kubu kuat PAS sejak 20 tahun dahulu. Pelbagai usaha memancing undi rakyat Kelantan dijalankan oleh Kerajaan BN untuk menawan negeri ini tetapi ternyata sia-sia. Kalau bagi lagi royalti tentu sekali Kelantan akan bertambah maju, lagi jahanamlah usaha BN nak tawan Kelantan.

Kalau kita lihat, BN ni memaang tak tahu malu, seboleh-boleh tidak mahu memberikan hak royalti kepada Kelantan tetapi ditukar kepada wang Ehsan, malah wang ehsan juga diuruskan oleh UMNO yang dipengerusikan oleh Awang si Menteri Besar khayalan. Kononnya kalau wang ehsan diberi kepada Kerajaan Negeri bimbang disalah gunakan. Apa kerja BN nih? Sangat menjijikkan, langsung tak tahu malu mangambil hak rakyat, perasan bagus dan kaki putar belit.

Sebelum ini, anggota Parlimen Umno dari Gua Musang yang merupakan bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, mengikut perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang beliau sendiri tandatangani, wang tunai lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi dari perairan Kelantan perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Perjanjian itu pula tidak menghadkan tiga batu nautika sahaja tetapi seluruh perairan Kelantan.

Ini kerana, mengikut konsep persekutuan, tanpa negeri dimanalah persekutuan dan seluruh laut berdepan dengan sesebuah negeri dikira perairan negeri.

Namun sehingga kini, Umno bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan ia perlu dibayar jika petrol itu diambil di atas tanah atau sehingga tiga batu nautika sahaja dari pantai Kelantan. Pun begitu, ia berubah setiap masa. Sebelum ini, tidak ada minyak diperolehi di perairan Kelantan. Kemudian ia berubah dengan ada dan Kelantan akan menerima wang ehsan bukan royalti.

Baiklah hari ini  nak bagi bukti menarik tentang putar belit Kerajaan Celaka BN berkaitan isu royalti minyak Kelantan ini. Apa yang berlaku semasa Barisan Nasional memegang Kelantan suatu masa dahulu? Semasa Kelantan di bawah Barisan Nasional mengapa tiada isu 3 batu nautika? lihat keratan akhbar berikut, klik untuk membesarkan image.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan