20 Jun 2012

Dosa Tun Razak Terus Hantui Najib Di Sabah


Najib terus memburu bayang-bayang di Sabah. Bayang-bayang itu ialah sokongan kaum Kadazandusun(KDM) kepada Barisan Nasional.
Pada tahun 1974, setelah Akta Pembangunan Petroleum di luluskan, KM Sabah Tun Mustapha berkeras tidak bersetuju cadangan kerajaan Persekutuan memberi royalti sebanyak 5%. Tun Mustapha menuntut 45% (The Asia Magazine).



Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memanggil salah seorang menteri kanan kabinet Sabah, Harris Salleh (Tan Sri) ke Kuala Lumpur. Tun Razak merancang menjatuhkan Tun Mustapha dan USNO. Parti BERJAYA ditubuhkan. Harris beritahu Tun Razak, dia tidak boleh mempengaruhi pengundi Kadazandusun. Harris tahu kaum KDM akan memihak kepada USNO jika tahu Tun Mustapha mahu royalti yang tinggi kepada Sabah.
Harris mencadangkan supaya Tun Mohd Fuad yang pada ketika itu TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, mengetuai BERJAYA. Harris juga cadangkan supaya isu royalti minyak jangan disentuh sama sekali. Tun Razak kurang setuju cadangan Harris itu. Razak kenal dan tahu Tun Fuad dan Tun Mustapha sejak awal penubuhan Malaysia. Tun Razak tahu kedua-dua pemimpin itu tidak mudah menyerah kalah dalam isu royalti minyak.
Jika BERJAYA menang dan Tun Mohd Fuad jadi KM Sabah, masalah yang sama dengan Tun Mustapha juga akan dihadapi kerajaan Persekutuan dalam perundingan royalti minyak dengan kerajaan Sabah. Apapun, Tun Mustapha mesti ditumbangkan terlebih dahulu dan jika timbul masalah dengan Tun Fuad, ia boleh ditangani kemudian. Atau jika ada peluang kenapa tidak bunuh dua ekor burung dengan satu peluru!?
Sejak awal, pemimpin-pemimpin KDM terutama Tun Mohd Fuad, GS Sundang, Sedomon, Ghani Gilong dan Peter Mojuntin kurang senang dengan dasar pecah dan perintah Kuala Lumpur. Pada pilihan raya umum pertama 1967, UMNO secara langsung campurtangan menyokong parti USNO dan MCA menyokong parti SCA. Sedangkan pada pilihan raya itu parti USNO, UPKO dan SCA menganggap pilihan raya tersebut sebagai ‘friendly contest’ kerana ketiga-tiga parti adalah anggota Sabah Alliance.
Pilihan raya 1967 adalah titik tolak perpecahan rakyat Sabah kepada dua kumpulan: Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam.
Dalang disebalik perpecahan itu ialah Tun Razak!
Pada pilihan raya tahun 1976, Tun Razak juga yg menjadi okestera penubuhan BERJAYA dan menjadi punca terpisahnya dua pemimpin yang Sabah yang telah bersumpah dihadapan Kaabah sebagai saudara kandung, Tun Mustapha dan Tun Mohd Fuad Stephens.
Hari ini Najib menjejaki nostalgia Tun Razak di Sabah….Terus mengejar bayang-bayang….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan